Bohong Sunat dalam Lakuan Respons Pujian
(Social Lies in Compliments Response)
Abstrak
Dalam fenomena berbahasa masyarakat terdapat situasi bohong sosial atau "bohong sunat" yang merupakan salah satu daripada penanda kerendahan diri dalam berkomunikasi. Fenomena ini menjadi kelaziman dalam interaksi masyarakat timur khususnya di Malaysia dengan menyelitkan unsur-unsur bohong sosial agar komunikasi dapat berlangsung dengan baik dan dapat menjaga perasaan pendengar. Kajian ini memanfaatkan 720 respons daripada 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pelbagai kaum yang telah memberikan maklum balas terhadap 12 pujian yang direka bentuk berdasarkan tiga klasifikasi oleh Manes dan Wolfson. Data diperoleh telah dianalisis menggunakan taksonomi respons terhadap pujian oleh Herbert. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan respons pujian antara kaum yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman bohong sosial dalam masyarakat memberikan variasi yang berbeza-beza berlandaskan latar belakang berbahasa kaum masing-masing. Oleh hal yang demikian, pemerian dapatan ini secara tidak langsung dapat menyerlahkan keunikan respons komunikatif individu bagi melancarkan dan menjayakan komunikasi dalam sesebuah masyarakat.
Kata kunci: bohong sunat (bohong sosial), lakuan respons pujian, pragmatik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
