Ada apa dalam "Hutan Melayu"? Naratif fizikal dan spiritual hutan Melayu di zaman British-Malaya

("What's inside Malay Forests?" Physical and spiritual narrative of the Malay forests in British-Malaya)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no1

Abstrak

Menurut WWF, hutan meliputi 30% permukaan bumi dan merupakan sistem sokongan yang penting dalam menyeimbangi ekosistem dunia (World Wide Fund for Nature (WWF) n.d.). Sebermulanya kehidupan makhluk di alam ini, sumber hutan menjadi nadi kehidupan manusia sejagat. Kebergantungan manusia terhadap hasil hutan bukan sahaja menjadi tunjang keberlangsungan kehidupan sesebuah keluarga yang nukleus tetapi juga turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat setempat. Seperti yang diketahui, hutan Malaysia terdiri daripada hutan gunung, hutan hujan tropika, hutan paya serta hutan pantai. Bagi masyarakat Melayu tradisional, kebergantungan terhadap hutan penting bagi kesinambungan kehidupan. Selain berfungsi sebagai sumber makanan, hutan turut menyumbang kepada aspek kebudayaan masyarakat dalam Tamadun Melayu. Oleh yang demikian, kajian ini bakal menganalisis gambaran hutan Melayu berasaskan penulisan pegawai British dan penulis zaman kolonial seperti Maxwell, Clifford, Swettenham, Fauconnier, Endicott, Winstedt, Skeat, Wilkinson serta Annandale. Dengan menggunakan pendekatan naratif dan autoetnografi, pandangan mengenai hutan Melayu dinilai dari perspektif Barat iaitu berdasarkan pengamatan pegawai British-Malaya serta sarjana Barat yang mendalami citra masyarakat Melayu pada zaman itu. Penulisan ini akan memperlihatkan pandangan semesta orang Melayu mengenai hutan mereka dalam bentuk fizikal dan spiritual melalui lensa masyarakat Barat.

Kata kunci: Hutan Melayu, Malay Forests, British-Malaya, British colonial, Environmental history

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Puteh Noraihan A Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya

    Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-01