Konflik Nilai dalam Syair Tenku Perabu
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml37(2)no4Abstrak
Karya sastera lahir sebagai wadah yang menyajikan pelbagai pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang bersifat didaktik dengan pelbagai fungsi. Satu daripadanya adalah berkaitan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu. Syair ini telah ditulis pada abad ke-19 dan pengarang asalnya tidak diketahui. Penulisan syair adalah berbentuk tantangan dan protes kepada kuasa tertinggi, iaitu Sultan Hussein Muadzam Syah yang menjadi raja di Singapura pada ketika itu. Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu sehingga menimbulkan protes dalam kalangan rakyat bawahan. Bagi memperdalam lagi perbincangan, konsep konflik oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dijadikan kerangka utama dalam perbincangan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon (1998), terdapat tiga faktor yang menjadi pencetus kepada konflik, iaitu tingkah laku negatif, kuasa dan perhubungan. Terdapat dua ciri konflik, iaitu konflik isi yang berpusat pada benda, perkara, peristiwa atau orang yang menjadi punca konflik tersebut, dan seterusnya ialah konflik pertalian, iaitu individu tersebut mempunyai pertalian atau perhubungan sama ada suami isteri, anak atau juga ahli keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa Syair Tenku Perabu merupakan sebuah karya yang sarat dengan unsur konflik dan konsep oleh Abdullah Hassan dan Ainon menepati analisis karya ini.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,